Rata-rata mereka berpendangan, tindakan itu merupakan kaedah terbaik bagi menyelesaikan perbalahan yang tidak kunjung selesai sejak daripada dahulu lagi.

Beliau mencadangkan, majlis itu elok diadakan secara tertutup antara pihak terlibat kerana perbincangan mendalam dan terlalu ilmiah mungkin lebih mengelirukan orang awam yang hadir menyaksikannya.
"Bagaimanapun, sekiranya ia melibatkan kepentingan umum, ia boleh disesuaikan (untuk dibuka kepada umum). Apa pun keputusan yang keluar nanti, hendaklah menambahkan keyakinan pada ulama dan ajaran Islam," katanya.
Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya semalam mengeluarkan undangan rasmi kepada Dr Uthman apabila mufti dan institusi agamanya sendiri dikaitkan sekali dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu.
Malaysiakini difahamkan, turut dikaitkan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno manakala Arab Saudi didakwa sebagai dalang di belakangnya.
Sangsi hadir

"Eloklah beri penjelasan. Dan dia (Dr Uthman) juga mesti minta maaf secara terbuka jika dakwaan yang dibuat didapati tidak benar," katanya timbalan presidennya Syed Ibrahim Syed Noh.
Bagaimanapun, bagi tokoh agama veteren Perlis Prof Madya Datuk Ahmad Jusoh yang puluhan tahun dilabelkan Wahabi, beliau sangsi Dr Uthman akan menerima undangan rasmi itu.
"Tidak tahulah dia akan datang atau tidak. Dulu pun kita pernah jemput, beberapa tahun lalu tetapi tidak hadir," katanya yang kini bertugas sebagai timbalan rektor di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

Ahmad (kanan) yang juga bekas pemimpin Jemaah Islam Perlis berkata, berdasarkan situasi politik antarabangsa, sesuatu aliran itu tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti terorisme.
"Kalau kita tengok di Arab, al-Qaeda orang kata Wahabi. Kerajaan Arab Saudi pun dikatakan Wahabi. Tetapi al-Qaeda anti-Amerika (dan dilabel teroris) dan Arab Saudi pro-Amerika," jelasnya yang lebih dikenali sebagai Ahmad Libya itu.malaysiakini
No comments:
Post a Comment