Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat."Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.
"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.
"Namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan. Ijtihad-ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Rasai kejujuran Nik Aziz
Mengulas dakwaan bahawa hasrat Kelantan itu sekadar mainan politik, Dr Asri menafikannya dengan berkata "tuduhan itulah mainan politik".
Katanya, walaupun hanya orang luar dan bukan anak Kelantan, beliau - yang sering diberi peluang melihat pentadbiran negeri itu dari dekat - yakin hasrat itu "bukan main-main".
"Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah SAW, dalam sunnah baginda," katanya.Katanya, beliau pernah mendengar sendiri Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya tentang hudud dan menjawab:
“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
Dr Asri berkata, daripada riak wajah Nik Aziz itu, beliau merasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah itumalaysiakini
"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'.
Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.
Katanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.
Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.
Tuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.
Justeru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.