Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, selepas pelbagai tuntutan dibuat di dada akhbar, termasuk melucutkan kerakyatannya, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil."Kalau kita cadang Mat Sabu ditangkap, kita akan ditertawakan. Apakah kerajaan kita lemah? Mungkin, sebab kita tidak bersatu.
"Kalau kita mahu kerajaan kita bertindak tegas, yang penting ditunjukkan dahulu bahawa Melayu bersatu. Kalau tak bersama, macam mana tindakan tegas boleh diambil," katanya dalam forum membincangkan isu Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.
Berucap di hadapan ratusan peserta, Ibrahim mendakwa, isu sebelum ini seperti penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0, isu Gereja Methodist Damansara Utama dan usaha memurtadkan juga menyaksikan tiada tindakan.
Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun kerajaan cuba "menarik rambut dalam tepung", kesabaran orang Melayu mempunyai batasnya.
Cabut bulu
"Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut. "Tetapi macam saya cakap tadi, kerajaan kena bertindak bijak. Kita bersabar. Tetapi sabar ada batasnya," katanya yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dengan nada amaran, Ibrahim berkata, apabila rakyat hilang kepercayaan kepada kerajaan ia menunjukkan "tanda yang tidak baik dalam negara".
"Jangan rakyat ambil undang-undang dalam tangannya sendiri. (Presiden Majlis Perunding Melayu) Prof (Kamarudin) Kachar kata tadi, kalau jumpa, dia akan tempeleng Mat Sabu.
"Jadi, perdana menteri please (tolong), menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein please bertindaklah dengan tegas daripada sekarang," katanya.
Kamarudin antara ahli panel dalam program itu di samping ahli akademik Prof Dr Ramlah Adam, anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar bernama Jaafar dan bekas pengarah polis Cawangan Khas Dr Zulkifli Ab Rahman.
Pemimpin haprak
Sambil menyifatkan pemimpin PAS sebagai "haprak" dan "tidak kenal lagi batas", Ibrahim berkata tindakan Mohamad memalukan umat, sedangkan bangsa lain didakwa begitu gembira.
"Kita PERKASA akan terus berjuang. Jangan setakat bertepuk tangan, kita kena berjuang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," katanya.Bagaimanapun, Ibrahim juga menawarkan penyelesaian lain dengam berkempen memastikan kekalahan calon PAS dalam pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.
"Tolong berkempen kalahkan mereka ini dalam pilihan raya ke-13 ini. Sebab kalau tak buat demikian, mereka bertanding dan menang pula, (ini) tunjukkan apa dia (Mohamad) buat, (mereka) kata diterima masyarakat.
"Ini paling saya takut. Ini paling saya bimbang. Sejarah boleh berulang," katanya yang mendapat tepukan gemuruh.
Sambil mendakwa Mohamad sebagai "perkakas DAP" dengan menghina pejuang kemerdekaan, Ibrahim juga mempertikai kenyataan pemimpin parti Islam itu berdasarkan latar pengajiannya di universiti dalam bidang seni reka sebelum ini.malaysiakini
Kata perdana menteri: “Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka.”
Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri?
Dan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu.
"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Pada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "
Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.
Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.
Beliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.