Katanya, segala tohmahan bahawa beliau adalah penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis sebenarnya bertujuan memburukkan dirinya dan PAS.
“Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik Umno untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihan raya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.“Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah,” katanya dalam satu kenyatan media.
Mohamad menjadi sasaran serangan media arus perdana apabilaUtusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.
Akhbar milik Umno itu juga mendakwa timbalan presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.Rentetan laporan itu, media-media milik Umno dan BN terus membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.
Tokoh idola
Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.
Dalam kenyataan medianya, hari ini, Mohamad menghuraikan alasan mengapa label penyokong komunis yang dilemparkan terhadapnya dianggap keterlaluan. Golongan komunis dikatakan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
“Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam.
“Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama,” katanya.
Menurut Mohamad, beliau memang ada menyebut nama beberapa tokoh, termasuk yang berhaluan kiri seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain lagi.
Namun, katanya, nama pemimpin berkenaan dirujuk sebagai sebagai contoh perbandingan sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya, beliau dituduh mendewakan fahaman komunis.
Hakikatnya, kata Mohamad, pemimpin Umno hari ini gusar dan panik apabila rakyat jelata khususnya generasi muda mulai menyedari bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh Umno sahaja.malaysiakini
Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.
Dalam kenyataan medianya, hari ini, Mohamad menghuraikan alasan mengapa label penyokong komunis yang dilemparkan terhadapnya dianggap keterlaluan. Golongan komunis dikatakan tidak mempercayai kewujudan Tuhan.“Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama dan cendekiawan Islam.
“Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama,” katanya.
Menurut Mohamad, beliau memang ada menyebut nama beberapa tokoh, termasuk yang berhaluan kiri seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain lagi.
Namun, katanya, nama pemimpin berkenaan dirujuk sebagai sebagai contoh perbandingan sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya, beliau dituduh mendewakan fahaman komunis.Hakikatnya, kata Mohamad, pemimpin Umno hari ini gusar dan panik apabila rakyat jelata khususnya generasi muda mulai menyedari bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh Umno sahaja.malaysiakini
“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan mengulas isu ceramah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa diputarbelitkan oleh media arus perdana.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?
Justeru, menurut Tuan Ibrahim, kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
“Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.
Tuan Ibrahim kemudiannya secara panjang lebar menghuraikan kontroversi yang sama yang timbul pada sejarah tanahair iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British.
Mohamad pada sidang akhbarnya di Perlis Isnin lalu berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar milik Umno itu berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
"Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan.
"Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union.
Katanya perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini.
Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis.