سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

July 24, 2011

TPM: 'Kita tidak mempunyai banyak masa'

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang. 

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.malaysia kini

No comments:

Post a Comment