سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

February 15, 2012


PAS bantu janda, anak tak sekolah

TEMERLOH:Seorang janda yang hidup dalam kesempitan bersama tiga orang anak yang tidak bersekolah, mendapat perhatian Lajnah Kebajikan PAS Pahang.

Norlia Abdul Majid, 30, yang menyewa di Taman Tualang Indah dekat sini, mengakui sejak berpisah dengan suaminya tahun lalu terpaksa mengharung sendiri kehidupan untuk membesarkan anak-anaknya dengan bekerja di warung makan.

“Saya mempunyai tiga orang anak yang berusia daripada setahun hingga 9 tahun. Sepatutnya seorang anak saya belajar dalam darjah dua dan seorang lagi darjah empat.

“Tetapi oleh kerana kesempitan hidup dan kerja di warung yang tidak menentu kadang-kadang buka kadang-kadang tidak, saya tidak mempunyai cukup wang untuk menyekolahkan mereka.

“Pendapatan yang ada hanya mampu untuk makan minum dan bayar sewa rumah,” katanya sayu ketika ditemui di rumahnya.

Norlia berkata, beliau berasal dari Felda Keratong 2, Rompin dan datang ke sini tahun lalu untuk mencari pekerjaan setelah diceraikan suaminya yang juga anak peneroka.

Tambahnya, anaknya Ahmad Al-Afan Taufik Sunardi dan Umi Al-Fizana Sunardi sepatutnya masing-masing bersekolah dalam darjah empat dan dua.

Sementara itu Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata beliau mendapat tahu peri hal kesempitan keluarga Norlia melalui laporan PAS Cawangan Tualang.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh menjelaskan, sebaik mendapat maklumat beliau terus mengikhtiarkan bantuan kepada keluarga berkenaan melalui siri ‘PAS Turun Padang’.

“Kita akan cuba mengikhtiarkan supaya dua orang anak Norlia akan bersekolah seperti kanak-kanak lain, segala dokumen dan perbelanjaan untuk itu akan kita usahakan.

“Anak-anak tidak sepatutnya menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka,” katanya yang turut diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Temerloh Shohaimi Latiff.

Beliau menambah, sepanjang memegang lajnah kebajikan beliau mengakui menemui ramai orang yang daif dan susah serta amat memerlukan bantuan untuk hidup namun kadang-kadang tidak sampai ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam pada itu sesiapa yang ingin memastikan kisah Norlia boleh menghubungi beliau di talian: 019 9010667.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan kepada mereka yang memerlukan, boleh memasukkan wang ke akaun Prihatin Rakyat: 556057203711 (Maybank Islamic) atau menelefon Hassanuddin di talian 012 6115768selamatkan pahang

No comments:

Post a Comment