سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

December 1, 2011

Bahan Letupan: Tren KTM Intercity Dihentikan

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan tren KTM Intercity dan ETS mengalami gangguan perkhidmatan berikutan penemuan objek mencurigakan dipercayai bahan letupan antara laluan Sungkai – Slim River di kilometer (km) 259.250 pagi tadi.
Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui satu kenyataan media memberitahu, proses pengalihan objek itu dijangka selesai dilaksanakan pada pukul 12.30 tengahari oleh anggota Unit Pemusnah Bom, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ipoh, Perak.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan insiden ini dan perkhidmatan tren dijangka kembali pulih sepenuhnya pada pukul 2.00 petang ini.
“Siasatan rapi akan dilakukan oleh pihak polis dan KTMB bagi mengenal pasti sumber bahan yang dipercayai letupan terbabit dan motif kejadian,” kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, KTMB telah mengambil langkah keselamatan keatas para penumpang terlibat dengan menamatkan perkhidmatan tren KTM Intercity dan ETS ekoran daripada insiden tersebut.
Menurut kenyataan itu, perkhidmatan tren yang dibatalkan adalah Ekspres Sinaran Utara (No. 10) manakala perkhidmatan Ekspres Senandung Langkawi (No. 21) ditamatkan di stesen Tapah Road dan pengguna dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Selain itu, perkhidmatan Ekspres Senandung Mutiara (No. 23) ditamatkan di stesen Kampar dan pengguna dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke stesen KL Sentral.
Tambah kenyataan itu, perkhidmatan ET02 , ET24, ET62, ET26 pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan pengguna dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke stesen Tapah Road.
“Perkhidmatan ET21, ET01, ET25 ditamatkan di stesen Tapah Road dan pengguna telah dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke stesen Tanjung Malim,” kata kenyataan itu lagi.
Jelas kenyataan itu, dianggarkan seramai 1,200 penumpang KTM Intercity dan ETS terlibat dalam aktiviti pemindahan pengguna berikutan insiden tersebut.
Penumpang yang membatalkan perjalanan sebelum melakukan perjalanan ini boleh mendapatkan pemulangan tiket semula di kaunter yang berdekatan, kata kenyataan itu.
“KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 1-300-88-5862,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment