Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.



“Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4189-pakatan-terbuka-dengan-tawaran-stadium
No comments:
Post a Comment