سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

July 22, 2011

LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Proton Waja langgar Mat Sabu


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.
Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

Polis semalam dilapor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Salleh Mat Rashid, berkata dakwaan itu tidak mempunyai kebenaran. Malah polis juga tampil dengan rakaman CCTV menunjukkan Mat Sabu terjatuh dari kenderaan selepas terlanggar ‘fender’ Pajero.

Namun, rakaman CCTV itu juga menunjukkan sebuah proton Waja mengekori rapat di belakang Pajero berkenaan, sebelum dikatakan merempuh motosikal dinaiki Mat Sabu.

Pada masa itu motosikal yang diboncengnya, sudah terbabas ke tengah jalan ketika Pajero itu melepasi mereka.

Namun bahagian rakaman di mana Proton Waja itu dikatakan melanggar Mohamad, tidak ditunjukkan oleh pihak polis.
LAMAN KL-TODAY.COM

1 comment:

  1. Friday, July 22, 2011
    Polis Minta Maaf

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tengahari ini telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Mohammad Bin Sabu di laman web PDRM - www.rmp.gov.my.

    Menurut kenyataan tersebut, PDRM telah memberikan persepsi yang salah terhadap Mat Sabu. Sebelum ini, Mat Sabu mendakwa telah dirempuh trak Polis. Bagaimanapun semalam, semasa sesi penerangan pihak Polis bersama media, rakaman video yang dipaparkan menunjukkan Mat Sabu dan rakannya telah terjatuh di pembahagi jalan semasa membuat pusingan U.

    Di dalam kenyataan tersebut juga, pihak Polis memohon maaf kerana TIDAK BERJAYA MELANGGAR Mat Sabu seperti yang diceritakan oleh beliau kepada pengikut-pengikut setianya.

    Terkilan dengan dakwaan tersebut, Mat Sabu memberi amaran supaya Polis menarik balik kenyataan media yang disampaikan semalam atau berdepan dengan saman oleh Mat Sabu.

    Sesungguhnya berita di atas adalah tidak benar sama sekali. Apa kejadahnya Polis nak mintak maaf. Baik Polis pergi round-round 1 Malaysia jaga keamanan dan ketenteraman awam dari melayan Mat Sabu OKU.

    Hahahahahahahaha kelakar lah Mat Sabu Wilcha ni. Kau dok cerita 1 Malaysia kononnya Polis langgar kau. Sepatotnya Polis boleh terus dakwa kau kerana menyampaikan berita palsu serta fitnah dan berniat memalukan pihak Polis.

    Terang2 nmpak menipu. Lagi nak bikin hot story Polis langgar pulak. Saya lebih suka jika Polis menelanjangkan Mat Sabu dan menjentik teloq dia 15 kali.


    P/s: menipu dan menfitnah adalah asam garam hidup org PAS.
    my  Blackberry®
    Posted by reez at 6:57 PM 2 comments

    ReplyDelete