سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

July 26, 2011

PKR: Langkah BN kawal inflasi bebankan keluarga

Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan keluarga yang bekerja, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. 

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGMenurut beliau kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar.

"Dan ditambah dengan kos elektrik yang naik hampir dua kali ganda bagi mereka yang bilnya lebih RM77 sebulan (akibat kenaikkan tarif), kenaikkan harga petrol, kos makanan, kos pendidikan semuanya akan menjadi beban khususnya apabila gaji tidak pula naik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.

Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.

inflationMenurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.

"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.

Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.

No comments:

Post a Comment