سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

August 6, 2011

PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB

Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan.

Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak.

facebook pengundi luar pas perak 050811 pesuruhjaya abu bakar hussienAbu bakar (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang.

"Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya.

Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri.

Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti.malaysiakini

August 5, 2011

RAMADHAN UNTUK ORG BERIMAN


4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ القَائِلِ :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah!
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita sedang berada berada di Bulan Ramadhan yang merupakan satu tempoh masa ujian untuk kita mencapai anugerah taqwa. Allah menyatakan dalam ayat di atas bahawa ibadat puasa hanya dikhususkan dan diwajibkan kepada orang-orang yang beriman. Ramadhan merupakan satu peluang bagi mengangkat martabat manusia daripada insan yang beriman kepada insan yang bertaqwa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam usaha untuk mencapai martabat taqwa, Allah memberikan tawarannya hanya kepada orang-orang yang beriman. Tidak akan ada sebarang harapan bagi orang yang tidak beriman ataupun orang yang terjejas imannya untuk mencapai martabat taqwa. Malangnya terdapat berbagai ancaman terhadap kesucian aqidah umat Islam yang akan menyebabkan sebahagian kita akan terlepas peluang menjadi insan-insan yang bertaqwa.

Seminggu sebelum kedatangan Ramadhan, Majlis Syiah Malaysia telah mengedarkan Memorandum mereka yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong kepada semua masjid di seluruh Negara. Kebanyakkan jawatankuasa masjid di negeri ini telah mengesahkan bahawa mereka telahpun menerima memorandum tersebut yang diposkan bersama dengan beberapa buah buku yang dikarang oleh mereka.

Sidang Jumaat sekelian,

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah memutuskan bahawa:

1.Umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

2. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang–Undang Islam dan penyebaran apa–apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

3.Semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang–undang Islam dan Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

4.Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain–lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Selain daripada penyebaran tersebut telah menyanggahi undang-undang, apa yang lebih besar, penyebaran ini sebenarnya boleh menggugat aqidah umat Islam di Negara ini. Bagaimana mungkin kita boleh membiarkan penyebaran aqidah yang bercanggah sama sekali dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bagaimana mungkin kita boleh menerima ajaran yang mengatakan bahawa para sahabat yang membawa dan mengajarkan al-Quran dan hadis kepada kita merupakan golongan yang kafir dan fasiq.

Tidakkah dengan menerima pandangan Syiah, bermakna kita menolak al-Quran dan Hadis yang dibawa oleh golongan kafir dan fasiq. Sebagai contoh dalam buku Inilah Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin Rasul yang turut disebarkan ke masjid-masjid menyebutkan beberapa kesalahan para sahabat:

a.Saidina Abu Bakar As-Siddiq dikatakan merampas jawatan khalifah dari Saidina Ali, menukar hukum yang ditetapkan Allah, membiarkan Khalid Al-Walid melakukan jenayah pembunuhan dan zina.

b.Saidina Umar Al-Khattab dikatakan mengubah hukum yang ditetapkan oleh Allah dan mengubah hadis-hadis nabi.

c.Saidina Uthman bin Affan dikatakan melantik peminum arak, al-Walid bin Muith sebagai gabenor dan memukul Ammar bin Yasir sehingga cedera.

d.Muawiyah bin Abi Sufyan dikatakan sebagai khalifah yang terlalu banyak melakukan kezaliman walaupun beliau merupakan salah seorang penulis wahyu di zaman Rasulullah.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebarang unsur yang boleh menjejaskan aqidah umat Islam mestilah diperangi sepenuhnya. Walaupun Syiah masih menggunakan nama Islam, namun sumber rujukan mereka berbeza dengan kita, aqidah mereka berbeza dengan aqidah mereka dan segala amalan mereka amat berbeza dengan kita.

Bagi memastikan kita terus menjadi insan yang beriman, bagi membolehkan kita berusaha menjadi insan yang bertaqwa, kita mesti menghalang sebarang pencemaran aqidah dari mana-mana pihak. Tanpa asas ilmu yang kukuh, orang awam akan mudah terpengaruh dengan ajaran yang disebarkan. Oleh yang demikian, semua bahan dan buku yang diedarkan hendaklah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak bagi menghalang kekeliruan di pihak orang awam.

Mudah mudahan Ramadhan tahun ini akan menjadikan kita semua sebagai insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ
CINAISLAM

BN, Pakatan berlumba selesai isu rumah pengundi muda

Ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-13, kerajaan BN dan Pakatan Rakyat sedang berlumba untuk menunjukkan bahawa kedua-duanya serius untuk menyelesaikan satu daripada isu-isu yang paling mendesak yang dihadapi oleh pengundi - rumah mampu milik.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kedua-dua pihak memperkenalkan program perumahan yang mampu dimiliki di mana para penganalisis percaya ia untuk menarik sokongan, terutama di kalangan pengundi muda yang paling teruk menghadapi masalah tersebut.

NONEBagi BN, kata pensyarah sains politik di Universiti Malaya, Noor Sulastry 
Yurni Ahmad, program tersebut adalah sebahagian daripada senarai pengumuman yang dilihat dibuat "tergesa-gesa" untuk tujuan tersebut.

"(Program itu) adalah satu strategi politik yang jelas untuk pengundi muda. Terdapat sekurang-kurangnya satu juta pengundi kali pertama, tidak termasuk mereka yang mengundi pada 2008."

Ketua eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Wan Saiful Wan Jan turut bersetuju dengan pandangan tersebut.

Walaupun beliau percaya pemberian pinjaman peratus kepada mereka yang tidak mampu membuat pembayaran balik adalah "berbahaya", tetapi Wan Saiful berpendapat BN "bijak" dalam mengumumkan skim tersebut.malaysiakini

August 4, 2011

PAS dakwa ada gerakan jatuh Najib dalam Umno

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi 
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".

"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.
rosmah mansor najib 250609 02Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.
"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".

Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:

"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya". 

Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.malaysiakini

NAIK MIMBAR SEMUA KHATIB BACA. TAK KIRA DARI UMNO KE PR KE?



Ayat ini tiap kali Khatib naik mimbar wajib baca. Tak kira, Khatib tu UMNO ke PR ke, tapi kenapa masih lagi ramai ingin mati dalam mempertahanan bangsa. Sedangkan ayat ini menerangkan jangan kamu mati melainkan dalam Islam. Dan takutlah kepada Allah bukan kepada mahluk?

لحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

: KP Biru Kod 71(Kelahiran Luar Negara)Weh, dia dh Jadi macm Kita


kad pengenalan biru dengan kod 71 (kelahiran luar negara)...lorr....depa leh ngundi weyhh....!!! depa sama tarap ngan kita weyhhh....!!! depa pun buleh jadi menteri weyhh...!!!


Sampai bila kita nak jadi bodoh weyhh, Apa nak jadi Negara kita sekarang weyhh

Manjadda wajada:

PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?

Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini.  Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional.  Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.

Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini.  Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.

Semakin lama PRU ditunda....


Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa.  Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya.  Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya.  Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12.  Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

Dari segi ekonominya, semakin lama PRU 13 ditunda, maka kerajaan BN perlu bergelut dalam situasi inflasi yang semakin melonjak.  Harga minyak semestinya akan meningkat, selain tarif elektrik yang telah dijanjikan akan dikaji setiap enam bulan.  Keadaannya akan lebih parah dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, malah dijangka "meleset" pada tahun 2012.  Pengurangan subsidi hampir pasti berlaku.  Meskipun dibuat juga peruntukan bajet (gula) untuk meraih undi, persoalan yang melantun-lantun adalah, dari mana datangnya wang itu?

Dari segi politiknya pula, seandainya PRU 13 dijalankan pada 2012 mahupun 2013, pengundi Sarawak akan tertanya-tanya, bilakah Ketua Menteri Taib Mahmud bersara?  Meskipun menang dalam pertarungan sengit PRN Sarawak pada April 2011, namun BN sedar bahawa angin perubahan semakin kencang.  Seandainya Taib Mahmud dikekalkan, maka ia menghulurkan senjata kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang dirinya.  Sebaliknya, jikalau Taib Mahmud digugurkan, maka pertentangan kepentingan akan berlaku, antara Taib Mahmud (gambar bawah) yang sudah 30 tahun berkuasa di bumi kenyalang, dengan kepentingan kerajaan persekutuan.

Seandainya BN gagal menyelesaikan konflik ini, maka angin perubahan dijangka bertiup ke Sabah, dua negeri yang melanjutkan denyutan jantung BN di Putrajaya.  Perlu diambil kira juga negeri Johor, yang mana sebelum ini Menteri Besar Abdul Ghani sendiri menjangkakan angin perubahan yang lebih kencang berbanding 8 Mac 2008.  MCA menyumbang tujuh daripada 26 kerusi parlimen di Johor, dan tujuh ini berpotensi jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.  Melihat kepada senario terkini, persoalan yang lebih merunsingkan Najib/BN adalah, daripada 15 kerusi parlimen yang dipegang MCA sekarang, berapa yang mampu dipertahankan?

Kegaglan Najib menarik sokongan


Najib bermula dari mana Abdullah Ahmad Badawi terjatuh.  Jelas, slogan 1Malaysia-nya menyasarkan pengundi yang berada di "pertengahan", yang mual dengan politik perkauman.  Sementara itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP)-nya pula menyasarkan pengundi bandar, yang menaruh harapan agar sistem dan struktur ekonomi diperbetulkan.  Golongan ini tidak menunjukkan kecenderungan politik parti yang tegar, mereka dijangka kembali ke pangkuan BN seandainya kehidupan harian dan keadaan negara diperbaiki.

Akhirnya kesemua daripada mereka dihampakan.  Sama ada PERKASA diwujudkan atas restu Najib (gambar kiri) kerana "politik talam dua muka", mahupun sabotaj dalaman parti - sudah tidak penting.  Politik itu persepsi.  Persepsi umum adalah PERKASA berjaya menggagalkan 1Malaysia dan ETP yang digagaskan Najib, dan Najib selaku seorang PM gagal mengawal keadaan sehingga PERKASA dibiarkan bermaharajarela.

Najib semakin tersepit.  Bukan sahaja golongan yang berada di "tengah-tengah" ini dikecewakan, malah ikon-ikon tertentu yang berpengaruh turut mengasingkan diri dari regim ini, bahkan melontarkan kritikan terhadapnya.  Ikon budaya, Sasterawan Negara A.Samad Said dalam wawancara bersama Malaysiakini terus mengecam bahawa "Najib memang kejam".  Perlu diingatkan bahawa A.Samad Said (gambar bawah) disokong sekumpulan seniman apabila polis menyoal-siasat beliau di bawah Akta Hasutan.

Baru-baru ini, bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) dikaitkan pula dengan fahaman Wahabi, dan aktiviti terrorisme.  Meskipun sesetengah pandangan beliau dianggap kritikal terhadap kerajaan, namun Dr. MAZA tidak semestinya berpihak kepada PR.  Misalnya, beliau pernah dikecam keras apabila mencadangkan agar Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berundur.  Maknanya, terdapat ruang untuk BN "engage" pemimpin yang berpengaruh seperti ini.  Namun, mengaitkan MAZA dengan pengganas adalah sesuatu yang sukar dipertahankan, walaupun Utusan Malaysia, kerana MAZA pernah menulis kolum untuk akhbar tersebut.

Pendekatan Najib mengendali BERSIH 2.0 seolah-olah menggali kubur untuk dirinya.  Titik pusingannya berlaku apabila Najib berdolak-dalik dalam isu "stadium", yang menyebabkan ramai beralih untuk bersimpati terhadap BERSIH 2.0.  Dan apabila gas pemedih mata dilepaskan bertalu-talu ke dalam lautan manusia yang merangkumi warga emas, budak kecil... yang melangkaui batas kaum dan agama, imej Najib ranap dalam sekelip mata.

Pergelutan dalam UMNO

Kini Najib berdepan dengan tekanan dalam partinya.  Dari perkiraan sesetengah pemimpin UMNO, BN tetap mampu mempertahankan kerajaan persekutuan pada PRU 13, meskipun mungkin gagal mengembalikan majoriti dua pertiga, dan beberapa kerajaan negeri, malah mungkin kehilangan Negeri Sembilan!

Apapun berlaku, senario ini tidak memihak kepada Najib.  Najib tetap akan digulingkan dalam UMNO seandainya,-
Pertama, gagal mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen;
Kedua, gagal mengembalikan kuasa beberapa kerajaan negeri, misalnya Selangor.
Ketiga, gagal meraih sokongan bukan Melayu.

Dari kaca mata sesetengah pimpinan UMNO, UMNO-BN akan hilang kuasa jikalau semakin lama PRU 13 ditunda.  Maka tidak mustahil seandainya Najib didesak untuk mengadakan PRU 13 pada Oktober tahun ini.
Sama ada PRU 13 diadakan pada tahun ini mahupun tahun 2012, malah 2013, Najib perlu bersedia untuk menyusuri jejak Abdullah Ahmad Badawi.  Abdullah gagal apabila menghampakan pengundi yang mahu melihat perubahan yang dijanjikannya.  Nasib yang sama akan menimpa Najib.  Cuma, nasib Najib mungkin lebih malang daripada Abdullah, kerana beliau mempunyai kes Scorpene yang bakal berlangsung perbicaraannya di Perancis!merdekareview

August 3, 2011

Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

NONE"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi menafikanterdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.

NONEKhairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.

Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih.malaysiakini

PAKATAN TUNTUT PM PANGGIL SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN


Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.malaysiakini


Wan Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

NONEMenurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif denganMalaysiakini.

NONEKatanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

azlanBerlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.

August 2, 2011

Hiburan sederhana, mendidik di Kelantan

Pada 30 Julai 2011 lepas saya menghadiri satu lagi jemputan satu program anjuran kerajaan negeri Kelantan bertajuk 'Bicara Selebriti'. 

Ya, sudah beberapa kali saya dijemput ke Balai Islam, Kelantan untuk pelbagai wacana. Namun kali ini agak lain sedikit. Biasanya di pentas Balai Islam itu saya akan berbicara dan berdiskusi dengan tokoh-tokoh politik atau pemikir. 

Selalunya 'panas' dan banyak emosi akan 'bangkit'. Namun kali ini agak santai dengan tajuk dan panel yang demikian rupa. Turut diundang selebriti Wardina Safiyyah dan gitaris terbilang saudara Sham Kamikaze. 

NONETurut menjadi panel tokoh dakwah yang dikenali ramai, sahabat baik saya yang lama tidak bertemu al-Fadhil Ustaz Hasrizal Jamil dan juga sahabat baik saya Amin Idris sebagai moderator.

Saya bukan tidak pernah sepentas dengan Wardina, hanya seminggu lepas saya dan beliau berforum di KUIS, Selangor yang turut dihadiri oleh Datuk Sri Shahrizat Jalil. Beliau juga sahabat saya. Demikian Saudara Sham Kamikaze yang selalu juga ke rumah saya di Bukit Mertajam. 

Namun, untuk sepentas atas nama selebriti agak berat bagi saya. Saya bukanlah terkenal seperti mereka. Mereka selebriti, saya rakyat marhaen. Ya, saya seorang rakyat biasa, yang kadang-kala terlibat mengulas isu-isu yang menjadi hak rakyat muslim merdeka untuk memperkatakannya.

Cuma, saya juga mengulas banyak isu seni di sudut agama dan pemikiran serta menulis puisi dan lirik. Mungkin yang lebih 'sikit' pernah jadi mufti Perlis. Ramai juga artis-artis glamor merupakan sahabat baik saya. 

Namun, agak 'segan' untuk duduk atas pentas atas nama selebriti. Apapun, saya kagum dengan kepimpinan kerajaan Kelantan yang menampilkan kematangan mereka dalam mengadunkan isu-isu hiburan ini di negeri yang terkenal dengan banyak pusat pengajian agama.

Muzik, nyanyian: Berhak pilih pandangan
Dalam majlis itu, saya mengambil peranan membahaskan pandangan sarjana tentang nyanyian dan muzik. Saya tahu, bukan senang bagi pihak kerajaan negeri untuk membolehkan lahirnya sikap terbuka dalam kalangan mereka yang 'kuat agama' mengenai isu ini. 

Apatah lagi di Kelantan yang banyak pondok-pondok tradisionalnya. Dalam masa yang sama, generasi muda inginkan hiburan dan mereka perlukan bimbingan.

Dalam majlis itu, saya jelaskan bahawa ada perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana fekah mengenai persoalan nyanyian dan muzik. Dalam persoalan khilaf yang muktabar seperti ini, seseorang berhak memilih pandangan dia yakini dan tidak boleh memaksa orang lain meyakini apa yang dia yakini. 

NONEErtinya, setiap muslim berhak berpegang dengan pandangan yang dia rasa lebih rajih atau kukuh. Dia tidak boleh mewajibkan pandangan tersebut ke atas orang lain, jika mereka mentarjihkanpandangan yang berbeza. 

Ini khilaf yang diiktiraf atau khilaf mu'tabar. Tiada siapa yang berhak memaksa pilihannya ke atas orang lain. Maksudnya, jika ada yang mengharamkan muzik, maka tidak boleh dia memaksa pandangan yang sama ke atas mereka yang mengharuskannya. Demikian sebaliknya.

Bagi saya, saya selalu teringat Nabi SAW ketika membenarkan pertunjukkan permaianan perisai dan lembing dalam masjid, sehingga ramai yang menonton termasuk kaum wanita dan isteri Nabi SAW sendiri iaitu Aishah, baginda bersabda: 

"Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah." (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Bahkan baginda SAW apabila hadir ke perkahwinan kaum Ansar, baginda bersabda: "Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan." (Riwayat al-Bukhari).

Lebih dari itu, kadang-kala baginda terlibat dalam membetulkan lirik, agar lebih bertepatan dengan ajaran Islam.

Al-Rubaiyi' binti Mu'awwiz menceritakan bahawa: "Rasulullah SAW datang ke majlis perkahwinanku, lalu baginda duduk di tempat dudukku. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa peperangan Badar sehingga salah seorang mereka berkata: 'Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok'. Baginda bersabda: 'Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'." (Riwayat al-Bukhari).

Demikian, Nabi SAW tidak melarang nyanyian gadis-gadis tersebut sekalipun lagu-lagu berlirik sedih yang dinyanyikan mengenai mereka yang terkorban. Cumanya apabila mereka menyebut lirik yang bercanggahan dengan kebenaran maka Nabi SAW menegurnya.

Dalam hadis ini Nabi SAW menegur ungkapan yang menyatakan baginda tahu apa yang akan terjadi pada esok hari. Hal ini tidak benar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang bakal berlaku.

Bukan perangi hiburan


Sebagai sebuah kerajaan, kepimpinan Kelantan telah mengambil jalan yang yang sederhana. Kelantan - melalui program seperti ini - memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk aktivis Muslim berinteraksi dengan dunia hiburan, sekali gus mendekati anak-anak muda. 

Jalannya bukan memerangi hiburan, sebaliknya mencari ruang untuk dimanfaatkan; maka rakyat dapat berhibur secara terarah dan tidak melampai batas.

Dengan itu Kelantan tidak menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang membiarkan rakyat bebas lepas dengan hiburan tanpa bimbingan, tidak juga menjadi jumud sehingga mengharamkan segala bentuk hiburan, termasuk nyanyian, muzik dan filem.

Demikianlah, apabila sesebuah kepimpinan itu ada wawasan yangNONEjelas dan nurani yang inginkan rakyat berada dalam bimbingan yang betul. Segala gerak kerja diselaraskan antara kehendak rakyat dan peraturan agama.

Sikap yang matang lagi sederhana diperlukan oleh rakyat dan umat pada setiap ketika. Bukan masanya untuk mengharamkan itu dan ini tanpa memberikan alternatif yang dapat membimbing rakyat yang pelbagai ragam dan kehendak. 

Janganlah pula jadi seperti kepimpinan yang hanya hendak 'memberikan keseronokan' kerana inginkan sokongan mereka rakyat tanpa memikirkan kesan dan masa depan.

Cumanya, masih banyak perkara yang perlu dibuat. Kita perlukan pembikinan karya-karya seni dalam pelbagai bidang yang berkualiti dan mendidik. Ada gabungan antara unsuran hiburan dan bimbingan secara terancang. 

Ada ikatan antara seni dan kehidupan insani secara berkesan. Ini memerlukan satu perancangan jangka panjang dan pendek. Semoga Kelantan mampu melangkah lebih jauh.

Anak pondok Pasir Tumbuh


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat yang saya kasihi YB Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. 

NONEBeliau anak tuan guru pondok Pasir Tumbuh, Tuan Guru Haji Atiqullah Yaakob. Latar belakang agamanya dan sikapnya yang terbuka patut menjadi contoh kepada banyak pihak. Beliau adalah salah satu bukti bahawa kepimpinan agama di Kelantan bersikap rasional dan meraikan perbezaan latar belakang rakyat. 

Sangkaan bahawa kepimpinan agama akan mengharamkan hiburan dan seni ke atas rakyat adalah tidak benar jika dikaitkan dengan kepimpinan Kelantan. YB Ahmad Baihaqi (atas, berkopiah hitam) masih muda. Beliau dua tahun lebih muda dari saya. Sama-sama belajar di Jordan dahulu. 

Hari ini menjadi pemimpin yang makin matang. Apa yang masih perlu untuk semua insan, termasuk beliau adalah terus mendedahkan diri kepada maklumat yang pelbagai, aliran fikir yang semakin rencam dan mencari kesederhanaan di sebalik itu semua.malaysiakini

August 1, 2011

Nik Aziz: 'Perbincangan rahsia' hanya jenaka

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

NONE"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13malaysiakini

GOLONGAN MUDA TETAP BERSAMA PAS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: PAS Kelantan yakin golongan muda di negeri itu tetap bersama mereka meskipun Umno BN dilihat sedang giat mendekati golongan ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, PAS sentiasa berwaspada dengan tindak tanduk Umno BN yang ingin menawan kira-kira 400,000 pengundi muda pada pilihan raya umum ke-13.
"Setakat ini PAS Kelantan masih dapat menguasai golongan muda samaada yang tinggal di Kelantan atau di luar Kelantan dan kita sentiasa memberi penjelasan mengenai isu-isu yang sering dibangkitkan Umno seperti isu tanah, ladang rakyat dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelmarin.
Mengulas mengenai kempen Gelombang Merah yang dilancarkan Umno Kelantan, Ahmad mendakwa Umno cuba mengambil kesempatan menyamakan gelombang itu dengan kemaraan pasukan bola sepak Kelantan Red Warrior.
"Gelombang Merah ini sebenarnya peringkat awal sahaja nampak Umno bersemangat kerana dia mengambil kesempatan dengan kebangkitan pasukan bola Kelantan.
"Maka dia cuba nak menggunakan semangat bola sepak kelantan itu dengan kebangkitan Gelombang Merah," katanya.
Namun kata Ahmad, PAS Kelantan menjelaskan kepada rakyat khususnya golongan muda bahawa Gelombang Merah itu tiada kaitan dengan pasukan bola sepak negeri itu.
"Selepas itu rakyat faham dan PAS juga berusaha untuk menjelaskan kepada rakyat bahawa gelombang merah tidak ada kait mengait dengan bola dan PAS pun buat gerakan juga iaitu Tegakkan Islam Hancurkan Jahiliyah," katanya.
Tambahnya juga, kempen itu dilihat gah kerana mendapat bantuan media arus perdana yang menghebahkan kempen tersebut.
"Gelombang Merah pada  peringkat awal dilihat berjaya kerana dibantu media arus perdana tapi kita dapat jelaskan kepada golongan muda dengan cara turun padang menemui mereka," katanya.
Februari lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah bertemakan “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat” akan dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno negeri Kelantan melalui penganjuran ceramah, kursus, seminar dan gerak kerja.
Kempen itu bagi mengalihkan sokongan golongan muda daripada PAS kepada Umno BNharakahdaily

Pakatan janji henti permit teksi pada syarikat

Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

NONE"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkeanaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatiraomalaysiakini

TAZKIRAH RAMADHAN

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. 

Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa." Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya

July 31, 2011

USIA NAJIB SEBAGAI PM BAKAL BERAKHIR?

SHAH ALAM, 31 Julai: Perkembangan politik yang berlaku mutakhir menampakkan usia Najib sebagai Perdana Menteri dari BN bakal berakhir dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara faktor paling ketara adalah bagaimana Najib dibiarkan menerima kesan negatif ekoran kegagalan beliau menangani isu Bersih 2.0 dengan baik.

Salahuddin menyatakan bacaan politik ini melalui ucapan dalam Majlis Ceramah Istiqbal Ramadhan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini malam tadi.

Pada sebelah siang, program menjual 500 batang lemang diketuai Ketua PAS cawangan, Haji Halim Omar telah berjaya mengisi dana Ramadhan sebanyak RM6000.

Menjelaskan isu Najib, Salahuddin berkata, amat malang sebagai seorang perdana menteri apabila beliau gagal menunjukkan sikap negarawannya berhubung isu demontrasi dan tuntutan Bersih.

Katanya, sewajarnya sebagai seorang perdana menteri, beliau boleh mengatasi isu ini dengan mudah sahaja kerana tuntutan Bersih hanya lapan sahaja, bukan lapan ratus atau lapan ribu.

Namun Najib mengambil sikap untuk berhadapan dengan rakyat sendiri menerusi cara keganasan seperti mana yang dirakamkan oleh berbagai media alternatif.

"Malah saya beranggapan isu tidak perlu tunaikan tuntutan Bersih  ini sengaja dicipta oleh pihak dalaman Umno sendiri yang ingin menjatuhkan Najib sebagai perdana menteri kerana mereka sudah bosan dengan tingkah laku beliau mutakhir.

"Apatah lagi dengan sikap isteri beliau yang sangat berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh semua isteri perdana menteri sebelum ini.

"Jika Muhyiddin pernah sebutkan agar Pak Lah berhenti sebagai perdana menteri dalam mesyuarat tertinggi Umno, tidak mustahil sekali lagi beliau akan berbuat demikian kepada Najib," tegas Salahuddin.

Menurutnya, terdapat banyak pihak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan itu dalam membawa diri sebagai perdana menteri dan isteri.

Lebih-lebih lagi, bila munculnya isu cincin berharga RM24 juta, beg tangan RM1 juta dan sikap isterinya dalam membeli belah ketika di luar negara, meskipun diragui kebenarannya, tetapi ramai orang Umno yang tidak suka.

Meskipun perkara ini dinafikan oleh Najib, persoalan yang timbul sekarang, kenapa beliau terus melakukan lawatan ke negeri-negeri yang didahuluikan dengan membatalkan cuti di luar negara.

"Saya melihat ada sesuatu yang sedang dibimbangi Najib sehingga beliau terpaksa turun ke negeri-negeri sekarang bagi melihat dan memastikan tahap sokongan kepadanya kembali pulih.

"Jika beliau sendiri menghadapi masalah dalaman dalam parti sendiri, bagaimana mungkin beliau akan terus mampu menjadi seorang pemimpin negara yang baik dan berkesan," soal Salahuddin.harakahdaily

Pensyarah: Menteri tidak harus diberi kuasa Tuhan

Seorang peguam yang pakar dalam perlembagaan hari ini menyokong agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.

shad saleem faruqi ukec student summitMenurut Professor Shad Saleem Faruqi yang juga pensyarah undang-undang perlembagaan di UiTM, menteri dalam negeri tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.

"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Shad Saleem mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.

azlanWalaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.

Cadangannya adalah supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.

Buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.

NONEMenurut Shad Saleem, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.

Katanya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.malaysiakini