سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

September 28, 2011

Anwar: Mengapa Najib, Rosmah mesti jadi saksi?

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

NONE“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.malaysiakini

September 27, 2011

Zaid: KITA bersedia disiasat oleh ROS

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim sedia untuk disiasat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung penyelewengan dalam parti itu seperti yang didakwa oleh sesetengah ahli yang tidak puas hati.

Beliau juga mencabar mereka yang tidak berpuas hati untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti jika yakin mereka mempunyai bilangan yang mencukupi bagi menggulingkannya.

"Jika mereka boleh dapat sokongan 51 peratus ahli untuk mengadakan EGM itu, sila teruskan. Kita, tidak seperti perlembagaan parti lain yang memerlukan 75 peratus sokongan untuk mengadakan EGM, kita demokrasi.

"Saya tidak mahu memimpin parti itu selama-lamanya dan jika mereka mempunyai bilangan mencukupi, mereka boleh minta untuk adakan EGM."

NONEZaid, yang merupakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut menafikan bahawa masa depan parti itu bergantung kepada ahli-ahli yang tidak puas hati yang telah membawa aduan mereka kepada ROS.

"Tidak betul bagi akhbar The Star menggunakan tajuk berita seumpama itu. Setiap tindakan yang dilakukan berdasarkan kepada perlembagaan parti dan jika mereka mahu membuat aduan, itu adalah hak mereka. Tetapi adalah tidak betul untuk mencadangkan masa depan KITA di tangan mereka.

"Kami bersedia untuk disiasat jika diminta berbuat demikian oleh ROS."

Zaid berkata demikian pada sidang akhbar yang dihadiri kebanyakannya oleh pemimpin-pemimpin negeri KITA bagi menunjukkan sokongan mereka.

Beliau meminta pihak media supaya tidak mempercayai apa yang dibaca mereka di laman Twitter dan Facebook mengenai parti itu.malaysiakini

September 26, 2011

PAS mahu s'jaya diraja siasat peguam negara

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan "penyelewengan proses perundangan" oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

NONE"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan, antaranya berhubung tuduhan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan proses perundangan" kes Altantuya Shariibuu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau "tidak nampak ada kesediaan" Abdul Gani untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan tersebut kepadanya.

Mahfuz berkata peguam negara itu "tidak sukar" untuk mengambil tindakan saman contohnya kepada Mat Zain yang sentiasa berada dalam negara berbanding Raja Petra yang berada di luar negara.

Tafsiran berbagai-bagai
"Tidak sukar kalau Tan Sri Abdul Gani hendak bersihkan nama untuk menyaman orang seperti ini yang membuat dakwaan salah laku beliau.

"Oleh kerana Tan Sri Gani Patail nampaknya tidak ada kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada orang ini, bermakna dakwaan-dakwaan itu tinggal dalam keadaan yang mempunyai tafsiran berbagai-bagai, yang terus memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita," katanya.

NONESehubungan itu, tegas Mahfuz, menjadi tanggungjawab kerajaan "membersihkan keadaan ini" melalui penubuhan siasatan diraja demi menjaga nama baik dan kemuliaan institusi istana dan Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz menggesa kerajaan menubuhkan panel siasatan tersebut dengan segera dan jika tidak, beliau akan mengumpulkan tandatangan pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen dan NGO, untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dakwaan tersebut "bukan isu politik" sebaliknya merupakan soal keluhuran dan kewibawaan institusi dan peguam negara.

"Bagi saya laporan ini (di media dan internet) sudah cukup, yang terpapar dalam internet, surat-surat yang dikeluarkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, saya kira sudah cukup kuat untuk pihak berkuasa dalam negara kita ini mengambil langkah yang sewajarnya. 

Laporan dan kenyataan berkaitan dakwaan terhadap Abdul Gani turut diedarkannya kepada pemberita.malaysiakini