سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

September 25, 2012

42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua

Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus masyarakat India dan 62 peratus Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India. 

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agamamalaysiakini

July 22, 2012

Veteran Umno jangka p'raya umum tahun depan

Tokoh politik Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.

"Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya kepada Bernama di Jasin.

Abdul Aziz, 89, yang merupakan veteran Umno menjelaskan jangka masa tersebut dapat dimanfaatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah rakyat dan meningkatkan hubungan antara pemimpin parti itu dengan rakyat.

Beliau berkata wakil rakyat perlu lebih rajin "turun padang" bertemu rakyat dalam usaha mendekati dan menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

Baginya gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN.

Malah, penerima anugerah tokoh guru peringkat kebangsaan pada 1986 itu mengabdikan gandingan kedua-dua pemimpin tersebut di dalam sebuah pantun:

    Encik Majid dengan encik Bidin, 
    Pergi ke Linggi naik rakit, 
    Gandingan Najib dengan Muhyiddin, 
    Macam perigi di bawah bukit.    
                           
Abdul Aziz berkata dasar serta bantuan yang dirancang kedua pemimpin tertinggi negara itu berjaya menyelesaikan pelbagai kemelut dihadapi rakyat terutama melibatkan kos sara hidup.

Sebagai contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan Baucer Buku 1Malaysia banyak memberi manfaat kepada rakyat walaupun segelintir pihak melihatnya sebagai pembaziran atau mempunyai agenda tertentu, katanya.

"Belanja itu dia (Perdana Menteri) beri ikut keperluan rakyat contohnya Kedai Rakyat 1Malaysia nak senangkan rakyat," kata bekas Bendahari Badan Perhubungan Umno Melaka itu.

Beliau juga yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU-13 dengan syarat wakil rakyat yang ada harus mengikut jejak langkah Perdana Menteri dan timbalannya dengan sering bertemu rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi merekamalaysiakini

April 24, 2012

Presiden PAS akan turun demo BERSIH

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turun bersama dalam perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di Dataran Merdeka pada 28 April ini.


"Parti juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut," kata setiausaha akhbarnya Nasaie Ismail.


NONESelain Hadi, pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka mengumumkan kehadirannya ke perhimpunan "duduk bantah" itu dalam masa terdekat.


Dalam kenyataannya hari ini, Nasaie berkata, PAS juga mendesak anggota polis bertindak rasional dengan mengawal dengan baik perhimpunan tersebut.


"Mereka perlu ambil pengajaran (daripada perhimpunan) BERSIH 2.0 yang diprovokasi berlebihan sehingga mendatangkan suasana kecoh yang bukan timbul daripada peserta," katanya.


Ini kerana, kata Nasaie, perjuangan membersihkan pilihan raya melibatkan kepentingan semua pihak, termasuk juga pasukan polis.


Dakwanya, banyak juga anggota keselamatan yang menjadi mangsa seperti tidak dinaikkan pangkat akibat amalam kronisme dan dianiaya akibat tidak melaksanakan agenda politik kerajaan.


"Ini semua disebabkan pemimpin yang buruk tingkah lakunya memerintah negara dan menang pilihan raya dengan jalan yang salah," kata Nasaie lagi.malaysiakini

April 18, 2012

PERKASA berhimpun sehari selepas BERSIH

PERKASA pada Selasa memohon untuk mendapatkan permit daripada polis bagi mengadakan perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada 29 April ini, sama ada di Padang Merbok atau Dataran Merdeka.


Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata perhimpunan itu yang akan diadakan mulai 9.30 pagi untuk meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas.


NONE"Kita hendak meraikan bahawa Yang di-Pertuan Agong kini sudah mencapai bilangan ke-14, dan pada masa yang sama untuk mempertahankan institusi diraja," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, pada Selasa.


Katanya perhimpunan itu dijangka disertai pelbagai kaum.


Beliau turut membidas sikap anggota Parlimen pembangkang yang didakwa terlibat dalam mempersendakan Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dengan berkata tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu di dalam istana adalah menderhaka.malaysiakini

February 29, 2012

Pemuda Umno dakwa KM kebudak-budakan
Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.


adam adli visit penang 291211 penang umno youth chief shaikh hussein mydinMenurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.


"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.


Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru0hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.


Pada kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besar mereka terdiri daripada ahli-ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.


Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.


NONEPerhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.


Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.


"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."


Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.


penang himpunan hijau 2 260212 03Dakwanya, Koh, yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.


"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.malaysiakini

February 15, 2012


PAS bantu janda, anak tak sekolah

TEMERLOH:Seorang janda yang hidup dalam kesempitan bersama tiga orang anak yang tidak bersekolah, mendapat perhatian Lajnah Kebajikan PAS Pahang.

Norlia Abdul Majid, 30, yang menyewa di Taman Tualang Indah dekat sini, mengakui sejak berpisah dengan suaminya tahun lalu terpaksa mengharung sendiri kehidupan untuk membesarkan anak-anaknya dengan bekerja di warung makan.

“Saya mempunyai tiga orang anak yang berusia daripada setahun hingga 9 tahun. Sepatutnya seorang anak saya belajar dalam darjah dua dan seorang lagi darjah empat.

“Tetapi oleh kerana kesempitan hidup dan kerja di warung yang tidak menentu kadang-kadang buka kadang-kadang tidak, saya tidak mempunyai cukup wang untuk menyekolahkan mereka.

“Pendapatan yang ada hanya mampu untuk makan minum dan bayar sewa rumah,” katanya sayu ketika ditemui di rumahnya.

Norlia berkata, beliau berasal dari Felda Keratong 2, Rompin dan datang ke sini tahun lalu untuk mencari pekerjaan setelah diceraikan suaminya yang juga anak peneroka.

Tambahnya, anaknya Ahmad Al-Afan Taufik Sunardi dan Umi Al-Fizana Sunardi sepatutnya masing-masing bersekolah dalam darjah empat dan dua.

Sementara itu Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pahang, Hassanuddin Salim, berkata beliau mendapat tahu peri hal kesempitan keluarga Norlia melalui laporan PAS Cawangan Tualang.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh menjelaskan, sebaik mendapat maklumat beliau terus mengikhtiarkan bantuan kepada keluarga berkenaan melalui siri ‘PAS Turun Padang’.

“Kita akan cuba mengikhtiarkan supaya dua orang anak Norlia akan bersekolah seperti kanak-kanak lain, segala dokumen dan perbelanjaan untuk itu akan kita usahakan.

“Anak-anak tidak sepatutnya menjadi mangsa perceraian ibu bapa mereka,” katanya yang turut diiringi Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Temerloh Shohaimi Latiff.

Beliau menambah, sepanjang memegang lajnah kebajikan beliau mengakui menemui ramai orang yang daif dan susah serta amat memerlukan bantuan untuk hidup namun kadang-kadang tidak sampai ke pengetahuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam pada itu sesiapa yang ingin memastikan kisah Norlia boleh menghubungi beliau di talian: 019 9010667.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan bantuan kepada mereka yang memerlukan, boleh memasukkan wang ke akaun Prihatin Rakyat: 556057203711 (Maybank Islamic) atau menelefon Hassanuddin di talian 012 6115768selamatkan pahang

February 13, 2012

sejarah valentines Day

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.


Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.


Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:

من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang

January 26, 2012

Permainan 'Aku Jimat' dibuang?

Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.


NONEPermainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.


Malaysiakinitelah mendapat maklumat mengenainya semalam.


Pada hari Sabtu,Aku Jimatmuncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.


Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.


Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.


Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.
Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.


NONEDengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).


Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.


Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.


Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.malaysiakini

January 11, 2012

'Jentolak' PERKASA dihalang masuk pejabat KM

Anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menghantar replika sebuah jentolak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai simbol dakwaan kerajaan negeri merobohkan rumah-rumah dan kawasan perniagaan masyarakat Melayu.


NONEKumpulan itu diketuai Ketua Wira Pulau Pinang Mohd Risuan Asudin yang membawa replika jentolak itu ke pejabat bangunan kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar.


Antaranya, mereka membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan sebuah bengkel motosikal di Jelutong pada tahun lalu, yang mana pemiliknya kebetulan adalah seorang ahli PERKASA.


Mereka, bagaimanapun, dihalang daripada memasuki pejabat Lim di tingkat 28. Pejabat Lim juga tidak melayan kumpulan itu yang sering-kali menimbulkan kekecohan di Pulau Pinang dengan tidak menghantar sebarang pegawai untuk menerima 'hadiah' berkenaan.


NONEKecewa dengan tindakan itu, anggota PERKASA melepak dan bersila di lantai, dengan harapan bahawa pintu pejabat ketua menteri akan dibuka tetapi sebaliknya pengawal mengunci mereka.


Kumpulan itu kemudian membidas Lim kerana didakwa tidak mahu berjumpa dengan rakyat dan menerima ‘hadiah’ mereka.


"Ia hanya replika, kenapa dia begitu takut?" soal Risuan, sebelum membuka sehelai kain merah yang digunakan untuk membalut replika itu.malaysia kini