سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Followers

Mai tonton Yop TV informasimterkini

Sila tekan butang mute untuk on/off audio

Live Ceramah Tok Guru

July 14, 2011

JAS: Kualiti udara bertambah baik

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus mengawasi kualiti udara di seluruh negara walaupun statusnya bertambah baik hari ini.

Namun, JAS masih mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri dan menggerakkan pelaksanaan Prosedur Tetap 0perasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kualiti udara.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini, penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri terus dipertingkatkan.

Dalam keadaan kualiti uadara yang tidak stabil dalam tempoh cuaca panas dan kering masa kini, JAS juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka.

Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727," kata kenyataan itu.

Sementara itu rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan JAS dalam laman webnya untuk bacaan sehingga 7 pagi ini mencatatkan 23 kawasan berada pada tahap baik dan 29 berada pada tahap sederhana dan tiada lagi stesen berada pada tahap tidak sihat.

Kawasan Jalan Tasek, Ipoh, Perak yang merekodkan IPU tidak sihat semalam kini kembali kepada tahap sederhana dengan bacaan IPU 74.

Selain kawasan Jalan Tasek, antara kawasan lain yang turut mencapai IPU sederhana ialah Jerantut (51), Sarikei, Labuan dan Tanah Merah (53), Seremban (54), Putrajaya dan Samarahan (56) dan Bakar Arang,Sungai Petani (57).

Menurut rekod dalam laman web itu, antara 23 kawasan yang mencapai status kualiti udara baik ialah Sri Aman dengan bacaan IPU 15, diikuti Keningau (27),ILP Miri dan Kapit (30), Alor Setar (32), Langkawi dan Kota Kinabalu (34) dan Sibu (36).

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya)malaysiakini

No comments:

Post a Comment